Sunday, April 17

Fadhilat Ayat Kursi

Hey peeps , rawrawr !

1. Sesiapa yang sentiasa beramal membacanya setiap kali selepas solat, nescaya dikurniakan pahala seumpama pahala orang yang muttaqin dan pahala balasan amal orang-orang siddiqin iaitu syurga.



2. Sesiapa yang membaca Ayat Al-Kursi ketika hendak tidur, nescaya Allah mengurniakan keselamatan kepadanya dan jiran-jirannya.


3. Sesiapa yang membaca Ayat Al-Kursi sebanyak 170 kali pada waktu tengah malam kerana sesuatu hajat, Insya Allah akan berhasil hajatnya.


4. Sesiapa yang menemui halangan atau kesusahan dalam usaha mencari rezeki, bacalah Ayat Al-Kursi 170 kali. Insya-Allah akan terlepas dari kesusahan itu dan mudah rezekinya serta tercapai hajatnya.


5. Sesiapa yang membaca Ayat Al-Kursi sebanyak 170 kali, diikuti dengan solat hajat di tengah malam pada tempat yang sunyi dan bersih, Insya Allah akan berhasil hajatnya.


6. Sesiapa yang naik marah, bacalah Ayat Al-Kursi, Insya Allah akan dijauhkan daripada syaitan yang memanaskan hatinya. Mereka yang rajin mengamalkan membaca Ayat Al-Kursi dapat dijauhi dari bala bencana dan gangguan syaitan.


7. Sesiapa yang ingin meningkatkan kecerdikan atau terang hati, amalkan membaca ayat Al-Kursi 170 kali. Amalan ini juga Insya Allah boleh mendapatkan petunjuk dari 
Allah Subhanahu wa Ta'ala.


*Sebelum Ayat Al-Kursi diamalkan mengikut hajat masing-masing, elok solat sunat dulu, seperti solat sunat Hajat, solat sunat Tahajjud o solat sunat mutlak.


i got this from ZikirIbadat

thank you :)



  rawwr , iloveyou ♥

2 comments:

miss senyum said...

yep baca before masuk dewan exam pun bole :)

nana banaras said...

really good info :)